PENGENALAN

 >>> PENGENALAN SYARIKAT
 Permulaan teras perniagaan pada tahun 2006-2009  kepada perubatan   
dan juga seminar motivasi di seluruh Malaysia. Beliau sambil itu  yang diperkenalkan kepada umum  dua produk iaitu AROMA VIBRATION yang dikenali dengan Aura Harmony dan Anggun Harmony sahaja. Produk ini berfungsi untuk meningkatkan tenaga minda dan membantu mengatasi masalah kesihatan dalaman wanita. Rakaniaga syarikat bertambah kerana pihak syarikat banyak menganjurkan seminar tentang kesihatan dan kenali diri melalui kuasa minda yang diterajui oleh Dr.Ridzuan Noor mengenai kelebihan dan kelemahan dalaman individu walaupun tiada latihan intensif yang diadakan pada ketika itu. Pada ketika itu, kesibukan Dr.Ridz dalam rawatan telah membuatkan beliau berfikir tentang perancangan perniagaan secara berani dan positif. Beliau telah melihat potensi yang ada dalam bidang ini lalu membuat keputusan untuk mencari calon yang sesuai bagi menjalankan perniagaan ini secara lebih sistematik, dinamik dan berwawasan.

Pada tahun 2010 Dr Ridz telah melebarkan sayap perniagaannya kepada 5 pecahan syarikat iaitu:
1. EHS MIND POWER CONSULTACY: Seminar, Motivasi, Perundingan
2. EHS ROMEOJULIET SHOPPE: Pembekal tunggal Anti-Virus bagi memarkan jualan produk ke peringkat antarabangsa dan syarikat ini dalam perancangan bagi program Pre-Francais membuka Kiosk dan SPA kepada semua produk yang dijenamakan dibawah “ROMEOJULIET”
3. EHS NATURAL WELLNESS: Bidang Perubatan dan dalam perancangan membuka university bagi melatih pelajar dalam ilmu Complimentary Medicine
4. EHS MANUFACTURING & TRADING: Pembuatan & Pembungkusan bagi anak syarikat beliau.
5. EHS LADY FANTASY BEAUTY & SPA: Premis Spa dan memberi perkhidmatan kepada para pelanggan untuk merehatkan diri dan melatih pelajar dalam bidang kecantikan untuk saloon bergerak.

>>> Objektif
v  Mentransformasi RAKYAT MALAYSIA  ke arah pendapatan tinggi  menerusi pengkhususan mereka & kerjasama syarikat
v  Menjayakan pertumbuhan ekonomi dipacu oleh produktiviti dan inovasi dalam perlaksanaan pelan Transformasi Minda
v  Memupuk, menarik dan mengekalkan keperibadian individu yang unggul dan bertaraf dunia
v  Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas
v  Menyokong perkongsian pintar dari sudut Bijaksana, Emosi & Tindakan yang efektif pada diri dan persekitarannya. 

MATLAMAT:
v    Melahirkan individu Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
v  Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan & sejahtera

MISI:
v  Membangun Potensi Individu melalui Pendidikan, Kerjaya & Kehidupan yang berkualiti

VISI:
v  Mewujudkan YAYASAN RIDZ untuk membantu setiap individu bagi menuju puncak sukses di dalam visi yang jelas dan keperibadian yang unggul
     Perancangan Objektif penubuhan Yayasan Al-Ridz
Yayasan al-Ridz di dalam perancangan sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban.
MOTTO DR RIDZ: "Helping you to achieve the greater success”
 
Antara objektif utama Yayasan Al-Ridz adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan Al-Ridz  ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Dr Ridz ada kepentingan di dalamnya. Sehingga kini, Yayasan Al-Ridz  dalam pengumpulan dana  bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan Al-Ridz  akan membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin supaya belajar di Malaysia.