Teks Ucapan Kumpulan Ketua Eksekutif EHS , APA KATA PIHAK PENGURUSAN & KERJA DR RIDZ...


DR.RIDZUAN MOHD NOOR M.D.(M.A.)Iri



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana memilih EHS GROUP OF COMPANIES sebagai ”YOUR STRATEGIC PARTNER” sebagai landasan untuk anda menuju puncak sukses. 
Kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil komitmen, keberanian, pengorbanan, semangat juang tinggi serta berkat bantuan yang dikurniakan oleh Allah. Berpegang kepada kata-kata semangat  ‘Think Big, Never give up, Honest, Never Say No and love whatever u do n believe ’Dr Ridz  tidak pernah pandang ke belakang dalam perniagaan yang diceburi.
Kata-kata semangat ini menjadi pegangan dalam setiap tindakan yang dilakukan termasuk dalam aspek kehidupan termasuk kepada Crew EHS Group, Pihak Pengurusan dan rakaniaga RJ.

Bagaimana untuk berubah kearah yang LEBIH HEBAT, LEBIH BESAR & LEBIH BERJAYA untuk mendapatkan apa yang  diimpikan dalam hidup selama ini!

"PROGRAM TRANSFORMASI MINDA 1001 CARA" anda  mampu mengaplikasi kehebatan dan potensi secara maksimum yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Keupayaan untuk mengawal akal, emosi, dan tindakan amat penting jika seseorang individu  itu ingin meningkatkan prestasi hidupnya tidak kira dalam kehidupan peribadi, kekeluargaan dan kerjaya.
Sesungguhnya, jalan menuju kejayaan memerlukan keberanian & kreativiti untuk menzahirkan idea yang luar biasa. Idea itu akan menjadi "LUAR BIASA" sekiranya kita mengaplikasikan TRANSFORMASI MINDA ke arah positif.
Setiap orang berhak untuk mengatakan sesuatu terhadap idea yang kita lontarkan, namun kita sebagai pencipta idea perlu berpegang teguh dan yakin dengan gagasan yang diilham itu.
Akhir kata, saya berharap & berdoa  dengan kehadiran anda semua ke dalam ‘PROGRAM TRANSFORMASI MINDA 1001 CARA’ dapat memberi impak yang positif dan membawa 1001 perubahan yang Luar Biasa dalam kehidupan, kerjaya, pendidikan, organisasi & kesihatan anda!!!


Terima Kasih. Wasalam
Sekian,
 
Salam Satu Malaysia…
Dr Mohd Ridzuan Mohamad Noor

Apa kata Pihak Pengurusan & Crew kerja Dr Ridz:


Dr.Ridz seorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan.

Kakitangan Dr.Ridz dan juga "apprentices" nya amat mengkagumi keperibadian dan idea-idea beliau. Kami sentiasa mengharapkan pandangan & fikiran yang tajam daripada Dr. Ridz. 
Objektif utama beliau dapat merealisasikan impian mereka  dengan menggunakan konsep bersyukur.

Inilah cara Dr Ridz  yang sukar diadaptasikan oleh orang lain. Perjuangan untuk mengangkat martabat anak bangsa menjadi agenda utama dalam mencapai impian gemilang termasuk dalam merealiasikan gagasan 1 Malaysia.


Komitmen Dr Ridz untuk membina satu empayar perniagaan menjadi inspirasi ramai orang serta semangat untuk memberikan sumbangannya kepada dunia.

Beliau merupakan anak yang penyayang dan banyak menghabiskan masa bersama keluarga
terutama bonda tercinta.
  
 Apa kata Pihak Pengurusan & Crew kerja Dr Ridz:
Semakin Tercabar, Semakin Kuat
Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan.

Kehebatan beliau Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Semakin kepanasan, semakin keras mencengkam!

Kalau orang lain sudah habis idea, beliau keluar pula dengan idea (pencetus penyelesaian masalah) yang mengejutkan! Itulah yang amat kami kagumi mengenai Dr Ridz yang bersifat semakin tercabar, semakin gagah!

Pekerja dan rakan2 amat mengkagumi keperibadian dan idea-idea beliau. Kami sentiasa mengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran tajam Dr. Ridz
Business Development Executive II , Pn Farina Ahmad

Sentiasa Berusaha Bersungguh-sungguh
Seseorang yang positif berpegang kepada falsafah: kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Fokus untuk mencapai kejayaan; mencapai matlamat yang telah ditetapkannya dengan penuh kesungguhan dan keberanian. SyabaS Dr Ridz..
Wakil Jualan EHS, Pn Irni Nazira Syed Nassir
 
Tidak Menyalahkan Keadaan
Beliau tidak mengeluh bila ditimpa musibah. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain. Beliau selalu mengajar sifat bersyukur..Kami kagum dengan beliau...
Crew EHS Group Of Companies